BANANA BUTTERSCOTCH PIE

easy easy resepi je ni sebab digestive biscuit banyak sangat dekat rumah ni, tengah fikir nak buat apa lagi dengan biskut tu. Nanti kita create resepi lagi dengan digestive biskut. So jom mulakan, sebelum tu say komen HI Chef Kecik dulu ! Baru I rajin nak share resepi =)
.
Bahan A
Digestive Biskut 180g
Pure Butter 50g (Cairkan dalam microwave)
.
Bahan B
Susu Pekat 1-2 tbsp
Esen Vanilla 1/2 tsp
Double Cream 1/2 Cup (@richproductsmy)
.
Bahan C
Pisang 3-4 Biji
Butterscoth Sauce Secukupnya (Resepi ada share sebelum ni)
.
Cara-caranya
.
1. Untuk bahan A masukkan digestive biskut dalam plastic dan ketuk ketuk je sampai hancur.
2. Kemudian campurkan dengan butter dan gaul sebati.
3. Masukkan dalam acuna dan bakar dalam oven pada suhu 165C selama 8-10 minit. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk. Masukkan dalam peti sejuk pun ok.
4. Bahan B campukan semua bahan dan beat sehingga kental, siap.
5. Kemudian isikan butterscotch sauce ke dalam pie crust tadi dalam 2 sudu kecik, masukkan pisang dan seterusnya cream. Simpan dalam peti sejuk dalam 2-3 jam. Kalau tak sabar sangat makan je terus..haha
6. Siap boleh makan petang jap lagi. Selamat mencuba.

Selamat mencuba!

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik