Dah terawih ka ? Saje nak kongsi buat nasi goreng kot ada yang bujang tak tau nak makan apa sahor nanti. Jom kita buat nasi goreng senang-senang. .
Bahan-Bahan

Bawang 1/2 Labu
Bawang Putih 1-2 ulas
Cili Padi 5-6 biji
Ikan Bilis 1/2 gengam
Sos Tiram 2 sudu kecil
Sayur Kobis
Telur 3 biji
Nasi 4 cawan
Perasa (kalau nak)
Garam secukup rasa
Ikan Bilis Goreng
.
Cara-Cara
1. Nampak dekat atas ada tulis Ikan bilis goreng. Itu kena goreng dulu sebab nak guna minyak dia.
2. Selesai goreng ikan bilis, guna minyak tu sedikit untuk tumis bahan.
3. Masukkan bawang dan bawang putih. Dah nampak kuning sikit masukkan pula ikan bilis yang kita dah tumbuk.
4. Kemudian masukkan sos tiram dan cili. Goreng seketika dan kemudian masukkan perasa dan garam.
5. Masukkan sayur kobis ni ikut la banyak mana nak letak. Jangan banyak sangat nanti jadi Sayur goreng. 
6. Pecahkan telur dan biar seketika, kemudian masukkan nasi gaul rata. Saya suka goreng lama sikit jadi kejap sangat tak jadi nasi goreng nanti. 
7. Letakkan ikan bilis goreng dah siap.
.
Tips : Seperti biasa nasi tu simpan dalam peti sejuk dulu semalaman lagi bagus sebab bila goreng nanti nasi tu seketul2 berderai cantik.

Selamat mencuba!

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik