Ok dah ready ke semua, jap lagi boleh pergi cari barang ye. Sebelum tengok resepi say Hi dulu dekat komen. Nak jadikan cerita semalam duk tengok akak @nurui_pan buat panna cotta ni terliur la pulak. Nyaris ada stock Harumanis pemberian akak @khuzaimah_7. So menjadi la semalam kita punya Panna Cotta. Resepi ni dari akak yang rajin share resepi iaitu akak @nurui_pan. Thank you akak 🙏🏻
.
Harum Manis Panna Cotta
Hasil : 8 Bekas (Beli Dekat Kedai Bakeri)

Bahan A
400ml Susu Full Cream Milk (Marigold)
200ml Dairy Whipping Cream (Anchor)
50g Gula Castor
1 tsp Esen Vanilla
2 tbsp Gelatin
6 tbsp Air

Bahan B
Puri Mangga
1 Biji Mangga (Saiz Sederhana)
1 tbsp Gula Castor
1/2 tsp Lemon (Saya Pakai Limau Nipis)

Cara-Cara
1. Masukkan ke dalam periuk susu, whipping cream, esen vanilla dan gula. Masak sehingga gula larut dan sedikit meruap kalau bahan semua dari peti sejuk ambil sedikit masa untuk panas.
2. Sambil tu larutkan gelatin dan air. Jangan larut awal sangat nanti jadi macam saya berketul pula ye.
3. Bancuhan dah ready, tutup api dan masukkan gelatin dan kacau rata. Kemudian tapis dan ready untuk masuk ke dalam bekas kecil.
4. Biarkan sejuk di dalam chiller sekurangnya 3 jam. Saya tak sabar jadi saya masuk dalam freezer 🤣.
5. Nasihat dari Kak Nurul, dah siap panna cotta baru buat puri mango. Jadi saya ikut la, bahan puri tu blend saja semua sekali. Blend kasar sahaja. Dah siap boleh letak atas panna cotta. 
6. Saya potong sedikit mangga cube untuk letak atas sebagai deco. Done say Hi untuk next video sharing 😊
Tips : 
1. Mango akan cepat bertukar warna brown jadi letakkan lemon untuk lambatkan proses browning.

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik