Say Hi sikit semua ! Jemput semua save resepi ni seperti biasa stock digestive biskut. Hari ni nak buat nutella cheese tart tapi nak buat pakai digestive biskut. Senang je ni pakai food processor je, campak campak je. So malas nak taip jom kita mulakan.

RB Nutella Cheese Tart
(Hasil : 14 Ketul)

Bahan A

180g Digestive Biskut
70g Butter (cair dalam microwave)

Bahan B

125g Cream Cheese
25g Gula Castor
1/2 Biji Telur (Gred A, pukul dulu baru ambil separuh)
1/4 tsp Esen Vanilla

Nutella Secukupnya

Cara-Cara
1. Untuk bahan A blend biskut dulu dan hancur baru masuk butter kemudian blend lagi bagi rata.
2. Kemudian masukkan dalam acuan tekan padat ye, kemudian cucuk dengan garfu di bahagian bawahnya supaya ada lubang udara gitu. Jangan tanya macam mana tu nak buat, cucuk je dengan garfu, sorry sebab lupa nak record..haha
3. Bakar dalam oven pada suhu 170C 14-16 minit, kalau dah brown cantik tu boleh keluar dah. Biar sejuk dan kemudian baru keluarkan dari acuan. Pakai lidi kecil senang nak keluarkan. Carefull sebab memang mudah pecah. 
4. Bahan B masuk semua sekali dalam food processor dan blend sampai creamy dan sebati. (Telur kalau pakai Gred C tu masuk je la sebiji jangan gigih buta perut Rizalman cakap nak p timbang pulak)
5. Ok, dah boleh paip nutella, boleh tak nak letak jem ? boleh tak nak letak chocolate ganache letak la nak tak halang pun. Kalau rendang letak dalam tu sedap tak you, cuba la mungkin inovasi baru.
6. Dah tu boleh la paip cream cheese tadi, jangan sampai melimpah ye, kemudian bakar dalam oven suhu 170C selama 5 minit. kalau sentuh atas cheese tu dah tak meletak kat tangan dah masak dah tu k. Selamat mencuba ye, say your support to all my recipe by say Hi dekat komen k.

TIPS : Tak payah chill biar sahaja dekat room temperature kalau tak nanti dia lemau. Tapi jangan la simpan sampai 3 hari pulak.

Selamat mencuba!

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik