Ok hari ni kita buat tart boleh la untuk makan raya anak beranak ye. Selamat mencuba, say hi sikit kat bawah tu ye kalau nak resepi lagi.
Shell Tart
125g Butter
50g Gula Icing
1 tsp Esen vanilla
1/2 biji Kuning telur (gred A)
250g Tepung gandum
5g Susu Tepung Full Cream
1/2 tbsp Air sejuk
1. Pukul butter dan gula sehingga sebati, kemudian masukkan kuning telur, vanilla, susu tepung dan tepung.
2. Gaul sebati sehingga menjadi doh.
3. Masuk dalam acuan, cucuk dengan garfu dibahagian tengah supaya tak mengelembung nanti yer.
4. Bakar 170C 18-20 minit. Siap senang kan.
Cheese
500g Cream cheese
30g Butter
100g Gula icing
1 biji Telur (gred A)
20g Non dairy Whipping Cream (tak ada tak apa)
1. Masukkan cream cheese, icing sugar dan butter dalam food processor blend sampai creamy.
2. Kocak kocak telur di dalam bekas lain, kemudian masukkan ke dalam food processor sebanyak 3 sudu besar. Blend sebati, kemudian masukkan non dairy cream kalau ada.
3. Sedia untuk dimasukkan ke dalam shell tart. Guna piping bag, mucung piping bag potong sebesar shell lagi mudah. Secara menegak paipkan cheese dan paip extra subaya membuncit nanti lepas bakar.
4. Ok dah boleh bakar 170C selama 10-12 minit. Kalau sentuh cheese tak melekat di tangan dah masak tu.
Notes : Resepi Asal from kak @azlitaaziz
Thank you akak, untuk resepi ni 🙏🏻
Selamat mencuba!
Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.
#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik