Today resepi simple je agar-agar lumut namanya. Teringin sangat nak makan yang mak buat kat rumah, jadi kita buat la sendiri ye. Jom la mulakan yer !

Bahan-Bahan

9g Agar-agar kering
580ml Air
140g Gula 
1 Biji Telur (gred A)
165ml Santan
1/2 tsp Vanilla Esen
2 tsp Sirap Ros
Secubit Garam

Cara-Cara

1. Masak agar-agar sampai la dah cair bersama air. Kemudian masukan gula dan juga garam.
2. Masukkan Sirap ros.
3. Di dalam bekas lain satukan telur, santan dan esen vanilla. Pukul sebati.
4. Setelah nampak agar mula nak mendidih masukkan bancuhan telur tadi. Biarkan seketika dan jangan kacau. Masak hingga mendidih penuh.
5. Setelah nampak semua bancuhan telur telah hancur baru la kacau seketika. Tutup api dan sedia untuk masukkan ke dalam bekas. Sejukkan, setelah menegras boleh letakkan logan.
Tips : Boleh juga tukar air kepada air longan daripada dalam tin untuk rasa yang lebih sodap.
.

Selamat mencuba!

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik

#shotoniphone#athome#chefkecikkitchen#foodphotography