hi semua ! Hari ni kita buat cake ye, ni basic cake sahaja senang nak buat. Nak buat makan hari raya pun boleh. Lagi satu nak pesan awal bahan-bahan saya cadang tu guna la ye, jangan la belum buat lagi dah nak tukar itu ini sedih kita 😭. Kalau anda tukar bahan ibarat buat experiment resepi baru, kalau jadi jadi kalau tak kadi nangis la sorang kat bucu katil. Ok jom kita mulakan.

Easy Vanilla Cake

Bahan-Bahan

113g Butter (saya pakai pure butter)
100ml Minyak Jagung
335g Gula Castor
4 Biji Telur (Gred A)
2 tbsp Vanilla Essence
300g Tepung Superfine
1tsp Garam
2 1/2 tsp Baking Powder
1 1/3cups Buttermilk

Raspberry / any jem yang masam manis (secukupnya)

Cara-Cara
1. Panaskan oven suhu 170C.
2. Pukul butter dan minyak jagung sehingga sebati, masukkan gula beat sebati.
3. Masukkan essen vanilla kacau sebati, Masukkan telur satu persatu, pastikan adunan sebati bersama telur.
4. Dalam bekas lain campurkan tepung bersama garam dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam bancuhan butter tadi secara berselang seli dengan buttermilk. 
5. Cukup sehingga sebati sahaja jangan beat terlalu lama.
6. Masukkan ke dalam 2 loyang petak saiz 9 inci. Lapik dengan baking paper dan spray dengan baking spray atau sapu butter.
7. Bakar dalam oven selama 30-35 minit, atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi di bahagian tengah kalau dah tak melekat maksudnya sudah masak. Keluar dari oven dan biar sejuk.
8. Setelah sejuk, boleh ready untuk lapis dengan jem, saya pakai jem buat sendiri. Kalau tak nak buat sendiri beli sahaja jem k. Selemat mencuba.
.

Selamat mencuba!

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik

#shotoniphone#athome#chefkecikkitchen#foodphotography