Hari ni kita buat cake lagi, dah lama teringin nak buat sebenarnya. Ini la kali pertama nak mencuba sebab sebelum ni tau makan je, cake ni pula susah juga nak jumpa yang sedap. Tapi resepi ni memang tak nak cakap banyak kena sahaja dengan tekat selain tak manis sangat. Sangat dicadangkan untuk anda cuba, simple dan senang sangat. Menu raya maybe, selamat mencuba semua. 
KEK GULA HANGUS
(Bundt Pan 10 Cups)

Bahan-Bahan

1 1/4 cup Gula
1 cup Air Panas
5 biji Telur (Gred A)
1/4 cup Susu Pekat
125g Butter (Cairkan)
1 tsp Esen Vanilla
1 cup Tepung Gandum
1 tbsp Baking Soda

Cara-Cara

1. Panaskan gula di dalam pan sehingga warna bertukar perang dan cair. Padam api dan masukkan air panas. Berhati-hati untuk step ini kerana gula panas akan merecik dan membuak ketika di masukkan air panas. Biarkan sejuk.
2. Pukul telur, kemudian masukkan susu pekat, butter dan juga vanilla.
3. Ayakkan tepung dan baking soda kemudian masukkan ke dalam bancuhan, kacau rata.
4. Kemudian secara pelahan masukkan caramelised sugar tadi. Kacau raya.
5. Biarkan selama 2 jam sebelum kukus.
6. Masukkan ke dalam acuan yang telah grease, pasti grease dengan baik kalau tak jadi la macam saya susah nanti nak keluarkan dari loyang. 
7. Kukus selama 1 jam. Siap dan selamat mencuba.

Credit Resepi Dari : Kak Rima @bisousatoi

Selamat mencuba!

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik
.

#shotoniphone#athome#chefkecikkitchen#foodphotography