Hi semua, today nak share resepi Easy Biscoff Cheesecake Chef Kecik Style. Semua sedang menanti kan ? Ingat ye jangan tanya saya dekat mana nak cari Biscoff Biskut ni. Maklum la sekarang memang tengah viral jadi stock pun berkurang sukar nak dapat kena pandai-pandai cari sana-sini. Saya pun sama la juga mencari ke sana ke mari ke situ dan ke sini. Tak apa, kalau tak sempat nak buat nanti boleh cuba juga yer. Simpan resepi keramat ni k. Jom kita mulakan.

Easy Biscoff Cheesecake Chef Kecik Style

Crust 
150g Digestive Biscuits
50g Biscoff Biscuits 
40g Castor sugar 
80g Pure Butter 
Cream

260g Whipping cream 
100g Cream Cheese
4tbsp Icing Sugar

Hiasan
10tsbp Biscoff Spread

Cara-cara
1. Blend biskut, butter dan gula. Masukkan ke dalam bekas dan dan sejukkan seketika.
2. Putar whipping cream sehingga ketal. 
3. Kemudian dalam bekas lain pukul cream cheese dan icing sugar sehingga sebati dan creamy. Masukkan ke dalam bancuhan whipping cream dan gaul sebati.
4. Paip ke dalam bekas, ratakan dan sejukkan seketika dalam 10-15 minit.
5. Setelah itu, cairkan Biscoff Spread di dalam microwave kemudian curah di atas cake kita. Ratakan, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum letakkan biskut Biscoff. Siap dan sedia untuk di makan. 
Selamat Mencuba
Salam Sayang
RB ~ @ChefKecikKitchen

Selamat mencuba!

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik