Seperti yang dijanjikan today kita nak share resepi, yang penting memang sedap sangat. Resepi ini dari perkongsian ig live @thekitchenguardian and Kak @zaleha.olpin sebenarnya, baru berkesempatan nak cuba. Siapa tak kenal dengan mereka ni memang famous dalam dunia baking, dan Kak Zaleha pula merupakan peserta Masterchef UK. Thank you for the sharing and dapat juga merasa Lemon Cake ni. Cuma kali ni saya buat di dalam bundt pan, kalau nak buat dalam loaf pan pun boleh saiz 9X3. Jom kita mulakan. 

Bahan-Bahan :
Loyang Bundt untuk 10 Cups
Loaf Pan 9X3

250g Butter (Pure Butter)
220g Gula Kastor
3 Biji Telur
2 Biji Kuning Telur
270g Tepung Superfine 
2tsp Baking Powder 
90g Jus Lemon
Lemon Zest 2 Biji

Lemon Sugar drizzle :

2 tbsp Jus Lemon
3/4 cwn Gula Ising

Cara-Cara :

1. Panaskan oven 160C, spray loyang dengan baking dan taburkan sedikit tepung untuk elakkan dari melekat. Bergantung pada jenis loyang yang digunakan.
2. Parut lemon dan campurkan bersama gula, saya gaul menggunkan tangan sahaja.
3. Pukul butter dan gula sehingga creamy dan kemudian masukkan telur satu persatu.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik.
5. Seterusnya masukkan lemon jus sedikit demi sedikit dan kaup balik sebatikan.
6. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160C selam 45 minit.
7. Untuk Lemon Sugar Drizzle, campurkan gula ising dan juga lemon gaul sebati

Selamat mencuba!

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik