Hi jom buat resepi simple dan mudah ni ! Lain dari yang lain, kita buat Puding bersama susu pisang. Pernah rasa kombinasi milo dan pisang ? tak pernah kan ? Cuma nak bagitau memang sangat sedap, selalu bancuhan milo dan susu pisang sahaja tapi hri ni nak buat minuman Puding Milo dan Susu Pisang pula. Jom kita mulakan !

Puding Milo Susu Pisang

50g Gula Kastor 
5g Tepung Beras
2 Paket Milo 3 in 1
10g Tepung Jagung
250ml Full Cream Milk
20ml Whipping Cream
1tsp Serbuk Agar-Agar
Susu Pisang secukupnya
Ais Ketul Secukupnya

1. Masukkan gula, tepung beras, tepung gandum, serbuk agar-agar dan Millo 3 in 1 di dalam pan kemudian sebatikan.
2. Masukkan susu secara perlahan dan kacau sebati.
3. Pasang api serderhana dan kacau sehingga pekat. Masukkan whipping cream dan kacau sebati.
4. Tutup api. Masuk dalam bekas dan biar sejuk di dalam peti sejuk dalam 1-2 jam.
5. Masukkan susu pisang dan ais ke dalam shaker, shake sebentar dan kemudian masukkan ke dalam gelas. Kaup Puding Milo menggunkan sudu, lebih bagus rendam sebentar sudu di dalam air panas supaya mudah untuk mengaup puding. Ok boleh la dinikmati bersama keluarga, selamat mencuba.

Selamat mencuba!

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik