Resepi yang sangat puas hati kalau anda cuba, senang dan ringkas. Sedap sangat untuk tekak saya la, sebab ada letak santan dan kelapa memang menjadi. Lemak manis santan kelapa muda, selamat mencuba.

Chocolate Coconut Bundt Cake
(Loyang Bundt Pan 10-15 Cup)

225g Salted Pure Butter
384g Gula Kastor
118g Santan (Saya pakai KARA)
160g Sour Cream
3 Biji Telur (Gred A)
272g Tepung Gandum
84g Serbuk Koko
1tsp Baking Powder
1tsp Baking Soda
1tsp Garam (Saya Pakai Sea Salt)
1/2cwn Haiwaian Coconut (Beli dekat Kedai Bakeri)
1/2cwn Kopi Panas (1tbsp bersama 1/2cwn air panas)

Chocolate Drizzle

125g Chocolate
80g Susu Full Cream

  1. Panaskan oven 170C, sediakan bundt pan. Spray dengan baking spray atau letak butter. Kemudian tabur koko powder mengunakan ayak.
  2. Campurkan kesemua bahan kering tepung gandum, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam di dalam satu bekas. Kaul sebati.
  3. Beat butter dan gula sehingga creamy, masukkan telurn satu persatu. Pastukan telur yang pertama sudah sebati baru masuk yang seterusnya.
  4. Masukkan sour cream, beat sebati. dan kemudian masukkan santan beat sebati.
  5. Masukkan pula kopi panas tadi dan kalau sebati. Akhir sekali masukkan haiwaian coconut. kaup balik sebati.
  6. Selesai kemudian masukkan ke dalam bundt pan, dan bakar selama 35-40 minit bergantung kepada jenis oven. Cucuk dengan lidi, jika sudah tidak melekat masudnya sudah masak. Boleh sejukkan.
  7. Cara sediakan chocolate drizzle, masukkan susu bersama chocolate dan panaskan seketika di dalam microwave atau guna teknik double bowl. Sehingga coklat cair dan sebati.
  8. Selamat mencuba semua

🥰😘

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah .