Hi semua seperti yang dijanjikan, hari ni CK sharekan resepi Chocolate Loaf Cake untuk semua. Resepi mudah ni pasti semua boleh cuba. Untuk resepi ini CK menggunakan @callebautchocolate Callebaut Chocolate 811, dark chocolate converture yang dihasilkan daripada biji koko terpilih yang mempunyai rasa dan kualiti yang sesuai untuk setiap kegunaan. Bagi yang dah rasa pasti tahu kan kualiti chocolate Callebaut ini. Chocolate ni adaalah gluten free dan mempunyai persijilan halal. Ok pastikan anda dapatkan chocolate Callebaut 811 dan cuba bersama resepi ini ya :

CHOCOLATE LOAF CAKE
Loyang Saiz : 12x4inci

Brown Sugar 67g
Castor Sugar 50g

Tepung 270g
Cocoa Powder 63g
Baking Powder 2tsp
Baking Soda 1/2tsp
Garam 1/4tsp

Butter 125g (Cairkan)
Telur 3 Biji (Gred A)
Susu 180g (full cream milk kotak)
Vanilla 1tsp
Chocolate Chip 180g (Callebaut)
Chocolate Chip 50g (Callebaut, hiasan)

Chocolate Drizzle
Chocolate Chip 125g
Susu 75g

1. Panaskan oven pada suhu 160C
2. Ayakkan tepung dan cocoa powder, kemudian campurkan bersama bahan-bahan kering yang lain, baking soda, baking powder, gula kastor dan gula perang. kacau sebati.
3. Di dalam bekas lain campurkan bahan-bahan cecair susu, telur, dan vanilla. Pukul sebati.
4. Campurkan bahan cecair ke dalam bahan kering dan kacau sehingga sebati.
5. Kemudian masukkan 180g dark chocolate chip ke dalam bancuhan dan kaup balik.
6. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper.
7. Taburkan 50g dark chocolate chip sebagai hiasan dibahagian atas.
8. Bakar di dalam oven selama 50-55 minit.
9. Setelah masak, sejukkan seketika sebelum hias dengan chocolate drizzle.
10. Cara membuat chocolate drizzle, panaskan di dlam sauce pan sehingga cair dan sebati. Elakkan api yang terlalu besar dan masak terlalu lama.
11. Drizzle di atas cake yang telah sejuk tadi. Selamat mencuba ya.

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.