Salam semua, selamat berpuasa. Hari ni CK share resepi mudah untuk semua, mungkin boleh buat juadah moreh. Congo bar ni lebih kurang proses membuat cookies, texture pula sedikit dry ditambah dengan chocolate chip akan memberikan rasa yang balance. Congo bar ni tak manis just nice sahaja rasanya.

Congo Bar
(Loyang 7 x 7 inci)

Bahan-Bahan

160g Tepung gandum
1 1/4tsp Baking Powder
1/4tsp Garam
75g Salted Pure Butter
160g Gula Perang
2 Biji Telur
1/2tsp Vanilla Esen
125g Campuran Chocolate Chip
45g Badam

Cara-Cara

1. Panaskan oven 170C, sediakan loyang 7x7inci.
2. Pukul butter (gunakan butter lembut) dan gula perang sehinggi sedikit creamy, CK pakai senduk kayu sahaja tapi anda boleh pakai mixer juga ya.
3. Kemudian masukkan telur satu persatu. Beat sehingga sebati.
4. Campurkan bahan-bahan kering tepung dan baking powder di dalam satu bekas.
5. Kemudian masukkan sebahagian bahan kering bersama sebahagian chocolate chip dan badam. Kaup balik sebati.
6. Seterusnya masukkan sebagian lagi sehingga sebati.
7. Masukkan kedalam loyang dan boleh taburkan chocolate chip dan juga badam sebagai hiasan.
8. Bakar di dalam oven selama 30-35 minit bergantung kepada jenis oven.

Tips :
– Panaskan oven sebelum proses membakar
– Pastikan butter lembut tapi bukan cair
– Cucuk bahagian tengah congo bar dengan lidi atau cake tester untuk pastikan cake sudah masak. Jika tidak melekat sudah masak.
– CK pakai dark chocolate converture
– Elakkan simpan terlalu lama, lebih sedap makan fresh. Kalau terlalu lama diluar boleh microwave sekejap.

#ramadan#berbuka#recipechefkecik#salamramdan#dessert#kuihraya#juadahberbuka

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.