Hi, selamat berpuasa semua. Hari ni CK nak share dengan semua resepi puding roti cheese, untuk resepi kali ini kita gunakan susu sejat penuh cream IDEAL dengan 100% rasa susu lemak berkrim. Resepi ni sesuai juga untuk juadah hari raya kita, selain cheese dan kurma bagi memberikan rasa kemanisan lagi dalam hidangan kita, ditambahkan lagi dengan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL penambah rasa utama “IDEAl-fitri Barulah Sedap” #IDEALFitri

Puding Roti Cheese

Bahan-Bahan

12 Keping Roti
450ml Susu Sejat Penuh Krim IDEAL
100g Butter
100g Gula
3Biji Telur
1tsp Vanilla Esen
1/4tsp Garam
9 Biji Kurma
Kelapa Parut Secukupnya
Keju Mozarella Secukupnya

Bahan Sos
500ml Susu Sejat Penuh Krim IDEAL
2 Biji Kuning Telur
4tbsp Gula
1/4tsp Garam
1tbsp Tepung Jagung

1. Panaskan Susu Sejat IDEAL dan butter seketika tidak perlu hingga mendidih, cuma sedikit panas sehingga butter cair.
2. Dalam satu bekas lain campurkan telur, gula, vanilla, dan garam di dalam satu bekas. Pukul rata sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan ke dalam bancuhan susu kacau sehingga sebati dan sekadar panas (tidak perlu mendidih).
4. Potong roti kepada empat celup di dalam bancuahan di susun di dalam loyang, ulang langkah ini untuk satu lapisan.
5. Taburkan kelapa parut, buah kurma untuk setiap lapisan. Ulang susunan roti sehingga habis.
6. Untuk bahagian atas letakkan kurma, kelapa parut dan juga Keju Mozarella yang telah diparut.
7. Bakar di dalam oven pada suhu 170C selama 35-40 minit atau sehinga masak kekuningan.
8. Untuk sos pula, campukan kuning telur, gula, garam dan tepung jagung. Gaul sebati.
9. Panaskan Susu Sejat IDEAl sekadar panas sahaja kemudian campurkan bersama bahan-bahan yang telah disatukan tadi.
10. Masak semula di atas dapur sehingga sebati dan pekat.
11. Sedap di makan ketika sejuk, jadi simpan di dalam peti sejuk sebelum anda nak makan ya.

Tips
– Kalau nak texture yang lebih moist boleh kurangkan roti, CK suka texture sedikit crunchy di bahagian atas jadi CK lebihkan roti 😊
– Boleh juga bakar menggunakan teknik water bath di dalam oven. CK bakar terus sahaja

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.