Hi semua, jom kita mulakan menu-menu lockdown pula. Hari ni CK nak share resepi mudah untuk anda buat ya, chocolate muffin yang tak perlu nak guna mixer pun. Sebelum kita mulakan CK nak share dengan anda semua baking soda pilihan CK yang selalu CK gunakan untuk resepi-resepi CK. CK memang selalu menggunakan Baking Soda Arm & Hammer ya, bukan setakat baking sahaja boleh pakai tapi ada lebih dari 100 kegunaan lain ye selain dari kita guna untuk baking, antaranya boleh digunakan untuk cooking dan juga cleaning. Untuk detail lanjut produk boleh visit IG @armandhammerbakingsodamy. Kalau dah cuba pakai Arm & Hammer jangan lupa untuk join contest ya, mudah sahaja just follow langkah ni :

1. Share tips dan trick di instagram post atau story
2. Mention @armandhammerbakingsodamy
3. Hashtag #myarmandhammer
4. pemenang akan diumukan setiap minggu dan anda punya tips dan trick akan kita share di @armandhammerbakingsodamy

Chocolate Muffin

Bahan-Bahan
254g Tepung Gandum
133g Gula Perang
43g Serbuk Koko
1tbsp instant espresso
2tsp Baking Powder
1/2tsp Baking Soda
1/2tsp Garam
85g Butter (Cairkan)
1 1/2cup Buttermilk
2 Biji Telur (Gred A)
1 tsp Esen Vanilla

Crunch topping :
32g Tepung Gandum
2tbsp Gula Perang
1tbsp Butter

Hiasan :
Coklat Bubble Rice

1. Panaskan oven 170-175C
2. Dalam satu bekas masukkan bahan-bahan kering iaitu tepung, gula perang, serbuk koko, baking poeder, baking soda dan garam.
3. Dalam satu bekas lain pula masukkan butter yang telah dicairkan, buttermilk, esen vanilla dan telur. Sebatikan mengunakan whisk.
4. Kemudian masukkan bahan cecair ke dalam bahan kering dan seterusnya sebatikan, elakkan beat terlalu lama. Kaup balik sebati sedah mencukupi.
5. Untuk crunch topping, masukkan butter, gula perang dan butter di dalam satu bekas. Gunakan garfu untuk satukan bahan-bahan sehingga menjadi crumb.
6. Masukkan bancuhan muffin ke dalam loyang untuk membakar, letakkan topping crunchy dan juga boleh hias dengan coklat bubble rice.
7. Bakar di dalam oven 20-25 minit atau sehingga masak.

Tips :
– Muffin ini tidak manis, jika mahukan rasa yang lebih manis boleh letakkan 170g chocolate chip di dalam bancuhan atau tukar gula perang kepada gula kastor.

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.