Durian Buttercake (Resepi Berniaga)

Hi CK Buddies, harap semua sihat ya dan dipermudahkan segala urusan semua. Stay safe ya dalam situasi pandemik COVID-19 ini. 

Hari ni CK nak share resepi yang pasti tak menyesal untuk dicuba ya. CK memang suka mencuba benda baru, ada sahaja idea nak buat itu ini cuma kadang tu tak sempat nak buat itu ini. Doakan semoga dipermudahkan urusan CK ya dan selalu dapat idea untuk berkongsi ilmu. 

Paling penting resepi ni boleh buat berniaga ya! 

Baik, untuk resepi ni CK pakai durian Udang Merah, tapi boleh sahaja nak pakai IOI atau Musang King. Durian sedap pasti rasa pun sedap. 

Sekarang ni musim durian dan sehingga bulan Ogos nanti akan ada lambakan durian di pasaran. Ini la masa kita nak keluarkan produk-produk berasaskan durian kan. 

Banyak perkara kita boleh buat dengan durian, tak kisah la apa pun boleh jadi. Lempuk durian, dodol durian, wajib durian, cucur durian, tempoyak banyak lagi la kan menunya.

CK pernah juga buat resepi burnt cheesecake durian (online class CK), durian kaya kek, durian cheesecake bar (online class CK), cheese tart durian, ok sangat banyak kalau nak list. Macam kali ni CK keluarkan semula resepi durian buttercake yang sangat sedap, puji sendiri ye! 

Texture kek ni lembut dan tidak padat yang penting teknik pembuatan mesti la betul dan guna bahan- bahan yang berkualiti. Teknik dan bahan sangat penting bila kita baking, jangan pandang mudah ya. 

Lagi satu ikut resepi yang diberikan untuk kali pertama anda nak mencuba jangan awal dan ubah sana sini, result pasti berbeza. 

Ok baiklah, jom kita mulakan resepi kita. 

Durian Buttercake 

Acuan 9.5 inci (27.5cm x 9.5cm x 6cm) 

Hasilkan 2 biji kek 

*kalau tak jumpa acuan ni dekat shopee Chef Kecik Kitchen ada jual ya Bahan-Bahan 

250g Pure Butter (Salted Brand Candia) 

220g Gula Kastor 

3 Biji Telur 

2 Biji Kuning Telur 

270g Tepung Superfine 

2tsp Baking Powder 

70g Durian 

1tbsp Santan Kotak (KARA) 

4tbsp Susu Full Cream Milk (Kotak Marigold) 

Cara-Cara 

1. Panaskan oven 160-165C. 

2. Blend durian, susu dan juga santan supaya texture durian lebih halus. (Susu Durian CK panggil) 

3. Untuk bahan kering iaitu tepung dan baking powder anda gabungkan sekali dalam satu bekas. 

4. Pukul butter bersama gula sehingga creamy. Pastikan butter anda dalam suhu bilik dan jangan guna butter yang sejuk. 

5. Setelah itu masukkan telur dan kuning telur satu persatu, bagi sebati setiap satu telur baru la masukkan yang seterusnya. Jangan masuk semua sekali ya sebab telur perlukan masa untuk bergabung dan sebati dengan bahan lain. 

6. Seterusnya masukkan bahan kering dan diselang seli dengan bahan cecair iaitu susu durian tadi. Pukul sebati dengan speed medium sahaja. Elakkan overbeat ya, jangan pukul terlalu lama sebab boleh sebabkan kek anda padat. Ingat tuuu!! 

7. Masukkan dalam loyang loaf panjang 9.5 Inci. Dan bakar di dalam oven selama 30-35 minit atau sehingga masak, masa baking bergantung pada oven masing-masing ya. CK pakai oven industrial brand Berjaya, api atas dan bawah. 

Tips 

1. Guna bahan-bahan yang baru lebih baik, especially telur dan guna serbuk penaik baking powder baru. 

2. Check suhu oven anda menggunakan oven thermometer. 

3. Cucuk dengan lidi atau cake tester untuk pastikan kek anda telah masak sebelum keluarkan dari oven. 

4. Elakkan menukar resepi seperti mengurangkan bahan kering dan bahan cecair waktu pertama kali nak cuba resepi ini. kalau tukar bahan kena tanggung risiko produk akhir ya. 

5. Terima kasih CK Buddies sebab always support CK dalam dunia baking ni. 

Salam sayang CK.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.