FLUFFY MILK BREAD

Loyang Saiz: 7 inci (letak baking paper)

Bahan-Bahan

250g Tepung Roti/High Protein

30g Gula

3g Garam

185g Susu Full Cream Milk

3g Dry yeast (Mauripan)

20g Purebutter (room temperature)

Cara-Cara

1. Satukan bahan-bahan kering.

2. Campurkan susu & juga yis kemudian masukkan ke dalam bahan kering. Gaul sebati. 

3. Letakkan di atas meja & knead. (10mins)

4. Letak butter & knead lagi. (5mins)

5. Jadikan bulat, dan biarkan di tempat yang suam sehingga menjadi 2 kali ganda. (1 fermentation)

6. Tumbuk dough & bahagi kepada 16 bahagian, bulatkan cantik-cantik ye.

7. Tutup dengan kain basah ataupun guna plastik wrap. (15 Minit)

8. Selepas tu ambik dough kecik tadi tekan & bentukkan bulat semula. Letak dalam loyan saiz 7 inci. 

9. Loyang letak la baking paper ye senang nak keluarkan nanti. 

10. Cover dengan kain lembab atau plastic wrap biar naik 2 kali ganda sebelum bakar (2 fermentation) 

11. Preheat oven 180℃, dust dough dengan tepung roti. Turunkan temperature kepada 150℃. 

12. Bakar selama 17 minit, kalau nak garing sikit extra kan kepada 20-25 minit. 

Tips 

Pastikan pakai yis yang baru jangan yang zaman jahiliah dan 2 tahun tak pakai tu. 

Good luck!

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah .