Assalamualaikum, salam jumaat semua.

Pertama sekali, maaf atas kelewatan untuk update resepi Biscoff Buttercake. Maklum la dalam kesibukan ketika ini. Nak kongsi dengan semua cerita dalam pendemik ini, CK rasa yang berniaga pasti sangat-sangat terkesan bukan?

Sama juga dekat CK, walaupun boleh bekerja namun banyak perkara perlu difikirkan terutama kesihatan team yang perlu datang bekerja. Memang sangat risau, tapi dalam pada itu risau juga dengan pendapatan team dan juga perniagaan. Kalau tidak bekerja bagaimana harus untuk memenuhi keperluan harian dan kehidupan team yang bekerja. Sangat sukar namun perlu diteruskan, CK harap CK Buddies juga tidak berputus asa dan dapat meneruskan cabaran ini.  

Panjang pula perkongsian kali ini, ok baik jom la CK cerita pasal resepi pula. Resepi Biscoff Buttercake ni sebenarnya tidak jauh beza dengan resepi buttercake yang lain. CK ni memang suka la nak cuba sana sini, tu yang rajin nak cuba Biscoff pula. Texture kek ni lembut dan tidak padat yang penting teknik pembuatan mesti la betul dan guna bahan- bahan yang berkualiti. Teknik dan bahan sangat penting bila kita baking, jangan pandang mudah ya.  

Lagi satu ikut resepi yang diberikan untuk kali pertama anda nak mencuba jangan awal dan ubah sana sini, result pasti berbeza. Ok baiklah, jom kita mulakan resepi kita.

Biscoff Buttercake

Untuk acuan CK pakai CHEFMADE BROWNIE CAKE PAN 12-CAVITY NON STICK, ini boleh cari di Shopee ya.

250g  Pure Butter (Lurpak salted)

220g  Gula Kastor

3 Biji  Telur (Gred A)

2 Biji  Kuning Telur (Gred A)

270g  Tepung Superfine

2tsp  Baking Powder

8tbsp   Susu Full Cream Milk

5 keping  Biscoff Biskut

Cara-Cara 

1. Panaskan oven 160-165C (conventional oven). 

2. Campurkan susu dan juga biskut biskut dalam satu bekas, patah-patahkan biskut tu ya. (Susu Biscoff CK panggil)

3. Untuk bahan kering iaitu tepung dan baking powder anda gabungkan sekali dalam satu bekas.

4. Pukul butter bersama gula sehingga creamy. Pastikan butter anda dalam suhu bilik dan jangan guna butter yang sejuk.

5. Setelah itu masukkan telur dan kuning telur satu persatu, bagi sebati setiap satu telur baru la masukkan yang seterusnya. Jangan masuk semua sekali ya sebab telur perlukan masa untuk bergabung dan sebati dengan bahan lain.

6. Seterusnya masukkan bahan kering dan diselang seli dengan bahan cecair iaitu susu biscoff tadi. Pukul sebati dengan speed medium sahaja. Elakkan overbeat ya, jangan pukul terlalu lama sebab boleh sebabkan kek anda padat. Ingat tuuu!! 

7. Masukkan dalam acuan bagi sekata setiap satu. Dan bakar pada suhu 140C di dalam oven selama 15-17 minit, CK pakai oven Soner (convection oven) atau sehingga masak, masa baking bergantung pada oven masing-masing ya. Kalau pakai conventional oven biasa boleh set suhu 160-165C bakar dalam 18-20 minit atau sehingga masak. 

8. Dah siap tu share dekat IG dan tag CK tau. 

Salam sayang CK.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah .