Selamat tengahari & berpuasa semua! Harini CK nak share resepi yang agak famous & senang nak buat untuk berbuka or hari raya nanti iaitu Kek Sarang Semut! Okay jom kita mula 🤤

Bahan-Bahan

1 1/4 cup Gula
1 cup Air Panas
5 biji. Telur (Gred A)
1/4 cup Susu Pekat
125g Butter (Cairkan)
1 tsp Esen Vanilla
1 cup Tepung Gandum
1 tbsp Baking Soda

Cara-Cara

  1. Panaskan gula di dalam pan sehingga warna bertukar perang dan cair. Padam api dan masukkan air panas. Berhati-hati untuk step ini kerana gula panas akan merecik dan membuak ketika di masukkan air panas. Biarkan sejuk.
  2. Pukul telur, kemudian masukkan susu pekat (susu kental), butter dan juga vanilla.
  3. Ayakkan tepung dan baking soda kemudian masukkan ke dalam bancuhan, kacau rata.
  4. Kemudian secara pelahan masukkan caramelised sugar tadi. Kacau raya.
  5. Biarkan selama 2 jam sebelum kukus.
  6. Masukkan ke dalam acuan yang telah grease, pasti grease dengan baik kalau tak jadi la macam saya susah nanti nak keluarkan dari loyang.
  7. Kukus selama 1 jam. Siap dan selamat mencuba.

Selamat berpuasa & selamat berbuka! 🥰

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik