Hi semua, Selamat Hari Malaysia semua. Seperti yang dijanjikan jom kita share resepi baru. Hari ni CK nak cuba buat Pandan Madeleine sekali dengan salutan coklat yang cantik. Untuk salutan atau coating tersebut CK gunakan white chocolate daripada Vanhouten Professional @vanhoutenprofessional_my. Senang nak digunakan, hasil chocolate coating pun berkilat dan cantik. Tak perlu nak susah pun nak cairkan, masukkan dalam microwave sahaja. Pasti ramai yang dah cuba kan ? Baiklah jom kita start resepi kita hari ini.

RESEPI MADELEINE

Bahan-Bahan

100g Gula Kastor
2 biji Telur (Gred A)
1 1/2 tsp Madu
1/2 tsp Vanilla Bean Paste
3 tsp Coconut Pandan Emulco
115g Tepung Gandum
1/2tsp Baking Powder
115g Melted Butter (salted)
Secubit Garam

Chocolate Coating
White Chocolate (Vanhouten Professional)
Pewarna Hijau

1. Pukul gula dan telur selama lebih kurang 3-4 minit sehingga creamy dan bewarna pale yellow.
2. Kemudian masukkan madu, vanilla dan coconut pandan emulsi. Pukul sehingga sebati lebih kurang 2 minit.
3. Kemudian, ayakkan tepung, baking powder dan garam ke dalam bancuhan.
4. Kaup balik sebati sehingga rata dan elakkan terlalu lama.
5. Kemudian masukkan butter tadi secara berkala. Kaup balik sehingga sebati.
6. Simpan di dalam peti sejuk sekurangnya 45 minit atau semalaman.
7. Panaskan oven 180C, kemudian sediakan acuan untuk membakar.
8. Bakar selama 5-7 minit di dalam oven.
9. Untuk chocolate coating, masukkan white chocolate Vanhouten Professional ke dalam bekas kemudian microwave selama 15-20 saat atau sehingga cair. Kaup balik sebati sehingga mendapat kecairan yang sesuai. Titikkan pewarna hijau untuk warna yang diperlukan. CK guna pewarna hijau daun supaya nampak lebih menarik. Ok baik selepas itu boleh la letakkan chocolate di dalam acuan dan kemudian letakkan madeilene. Sejukkan di dalam peti sejuk sekurangnya 10 minit. kemudian boleh la dikeluarkan dengan mudah, cantik berkilat nanti. Selamat mencuba ya !

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik