Hi semua, resepi ulangkaji ! Hari ni jom kita buat resepi kek simple dan sedap sesuai untuk semua golongan usia. Sesuai untuk sarapan, minum petang atau nak bagi jiran-jiran pun sesuai. Jom kita mulakan ๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜‹

Berries Sheet Cake ๐Ÿ“
Loyang Saiz : 27cm x 20cm / Loyang 8

Bahan A

115g Salted Butter
180g Castor Sugar
60g Yogurt
3 Biji Telur Gred A
1 tsp Vanilla Esen
220g Tepung Gandum
20g Tepung Jagung
1tsp Baking Powder
1 tbsp Parutan Lemon

Bahan B

450g Stawberry & Blueberry
2 tbsp Gula
1 tbsp Lemon Jus
1/2 tsp Vanilla Paste

Cara-Cara

  1. Panaskan oven 160-165C
  2. Mulakan dengan Bahan B, Toskan buat yang telah dibasuh supaya kering. Kemudian masukkan semua bahan B di dalam 1 bekas. Biar seketika.
  3. Satukan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder dalam satu bekas.
  4. Pukul butter dan gula sehingga creamy 3-4 minit, masukkan yogurt dan pukul sebati.
  5. Masukkan esen Vanilla dan parutan lemon.
  6. Masukkan telur satu persatu. Pukul sebati.
  7. Kemudian masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit, kaup balik sebati dan seterusnya masuk ke dalam loyang.
  8. Letakkan buah tadi di atas cake dan sedia untuk di bakar. Bakar selama 45-50 minit atas sehingga masak. Masa bergantung kepada jenis oven. Atas kek akan kelihatan keperangan.

Kalau dah cuba boleh tag CK ye ๐Ÿฅฐ๐Ÿ“

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah .