Hi semua! Terima kasih kepada yg tengok Chef tadi Live di Wanita Hari Ini 🥰🤗

Seperti yang dijanjikan jom kita share resepi baru. Hari ni CK nak cuba buat Rose Lemon Madeleine sekali dengan salutan coklat yang cantik.

CK nak share sedikit tips untuk baking. Kadang kita dah buat dengan betul semasa bancuhan tetapi selepas bakar kek tak menjadi pula. Ingat satu perkara besar dalam baking adalah OVEN. Jenis oven dan suhu oven juga sangat-sangat penting ya. Untuk resepi Rose Lemon Madeleine ni CK pakai UNOX Oven @unoxasia , ini antara convection oven yang CK ada. Okay jom kita mulakan resepi hari ni.

RESEPI ROSE LEMON MADELEINE

Untuk resipi ni , CK guna acuan Madeleine Cake Pan (16cups) . Anda boleh dapatkan di Shopee Chef Kecik Kitchen.

Bahan-Bahan

100g Gula Kastor
2 biji Telur (Gred A)
1 1/2 tsp Madu
1/2 tsp Vanilla Paste
1 tsp Lemon Zest
115g Tepung Gandum
1/2tsp Baking Powder
115g Melted Butter (salted)
2 tsp Sirap Rose
Secubit Garam

Coating
3 tbsp Icing Sugar
1 tbsp Lemon Juice
4 tbsp Water

Chocolate Coating
White Chocolate (Vanhouten Professional)

Pewarna Merah

  1. Pukul gula dan telur selama lebih kurang 3-4 minit sehingga creamy dan bewarna pale yellow.
  2. Kemudian masukkan madu, vanilla dan lemon zest. Pukul sehingga sebati lebih kurang 2 minit.
  3. Kemudian, ayakkan tepung, baking powder dan garam ke dalam bancuhan.
  4. Kaup balik sebati sehingga rata dan elakkan terlalu lama.
  5. Kemudian masukkan butter tadi secara berkala. Kaup balik sehingga sebati.
  6. Simpan di dalam peti sejuk sekurangnya 45 minit atau semalaman.
  7. Panaskan oven 180C, kemudian sediakan acuan untuk membakar.
  8. Bakar selama 5-7 minit di dalam oven & masa baking bergantung pada oven masing-masing ya. CK pakai oven UNOX, lebih mudah senang semang dan set masa dan cake juga masak lebih sekata.
  9. Untuk coating Madeleine, sediakan icing sugar, lemon juice & air. Campur semua didalam satu bekas dan gaul. Apabila sebati, celup madeleine satu per satu.
  10. Untuk chocolate coating, masukkan white chocolate ke dalam bekas kemudian microwave sehingga cair. Titikkan pewarna merah untuk warna yang diperlukan & kaup sehingga sebati.
  11. Letakkan chocolate di dalam acuan dan letakkan madeilene. Sejukkan di dalam peti sejuk sekurangnya 10 minit. kemudian boleh la dikeluarkan dengan mudah, cantik berkilat nanti. Selamat mencuba ya !

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik