Hi semua, hari ni CK nak share resepi cheesecake yang mudah dan senang untuk anda buat. Kenapa CK cakap mudah sebab tak perlu nak gunakan teknik water bath, ramai yang bagitau malas nak guna teknik ini. Jadi kita buatkan resepi yang sesuai untuk anda buat di rumah dan untuk berniaga juga 🤗

RESEPI CK Cheesecake
Loyang Saiz 8 Inci (Loose Pan)

Salted Butter 90g (Cairkan)
Gula Kastor 70g
Digestive Biskut 400g

Cream Cheese Layer

Cream Cheese 680g
Gula Kastor 165g
Sour Cream 165g
Telur 4 Biji
Esen vanilla 1tbsp

Cara-Cara

  1. Grease loyang dan letakkan kertas parchment di bahagian bawah dan tepi.
  2. Blend digestive biskut sehingga halus dan kemudian masukkan gula dan juga butter.
  3. Setelah itu, masukkan ke dalam loyang dan ratakan di bahagian bawah dan tepi, pastikan bahagian bawah tidak terlalu tebal dan bahagian tepi pula sekata. Bakar di dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 150C. Setelah itu biarkan sejuk.
  4. Bagi lapisan cream cheese pula, pastikan cream cheese dalam suhu bilik. Kemudian potong kecil bagi memudahkan kerja.
  5. Dalam satu bekas masukkan cream cheese dan putar sehingga creamy dan tiada ketulan. Seterusnya masukkan gula dan putar sehingga sebati.
  6. Setelah itu masukkan sour cream dan putar sehingga sebati.
  7. Seterusnya masukkan telur satu persatu, pastikan telur telah betul betul sebati barulah masukkan yang seterusnya.
  8. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan putar sebati.
  9. Masukkan ke dalam loyang dan ratakan.
  10. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 150C (gunakan apis atas dan bawah), bakar selama 60-65 minit. Masa membakar bergantung kepada jenis oven. Bahagian atas cheesecake akan kelihatan keperangan dan sedikit gelap.

Selamat mencuba 🤗🥰

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik