Hi semua, menu kali ini yang Ck nak kongsikan resepi special sedikit sebab sangat sesuai untuk menu perayaan krismas tidak lama lagi. Untuk resepi kali ini CK pakai Callebaut 811 untuk bahagian salutan kek. Sebut pasal coklat ni siapa la yang tak suka kan ? Callebaut 811 ni antara dark chocolate pilihan CK untuk pelbagai kegunaan nak buat ganache, salut biskut dan kek pun sesuai. Kaya dengan rasa coklat, smooth dan sesuai untuk pelbagai kegunaan. Oh CK nak bagitahu, hari ni dah mula contest Callebaut Christmas Creation Contest Malaysia 2021. Hadiah menarik 5 unit KitchenAid Hand Mixer untuk dimenangi. Boleh create resepi yang menarik ya dan kongsikan. Maklumat contest boleh lihat posting CK ya

Krismas Chocolate Butter Cake
250g Pure Butter
220g Gula Kastor
3 Biji Telur (Gred A)
2 Biji Kuning Telur (Gred A)
270g Tepung Superfine
2tsp Baking Powder
90ml Susu Full Cream Milk

Chocolate Coating
259g Dark Chocolate Chip 811 Callebaut
150ml Susu Full Cream Milk
65g Hazelnut

Cara-Cara

  1. Panaskan oven 160-165C (conventional oven).
  2. Untuk bahan kering iaitu tepung dan baking powder anda gabungkan sekali dalam satu bekas.
  3. Pukul butter bersama dan gula sehingga creamy. Pastikan butter anda dalam suhu bilik dan jangan guna butter yang sejuk.
  4. Setelah itu masukkan telur dan kuning telur satu persatu, bagi sebati setiap satu telur baru la masukkan yang seterusnya. Jangan masuk semua sekali ya sebab telur perlukan masa untuk bergabung dan sebati dengan bahan lain.
  5. Seterusnya masukkan bahan kering dan diselang seli dengan bahan cecair iaitu susu. Pukul sebati dengan speed medium sahaja. Elakkan overbeat ya, jangan pukul terlalu lama sebab boleh sebabkan kek anda padat. Ingat tuuu!!
    7.Bahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian diwarnakan dengan warna merah.
  6. Masukkan dalam acuan bagi sekata setiap satu dan bakar pada suhu 140C di dalam oven selama 30-35minit, CK pakai oven Soner (convection oven) atau sehingga masak, masa baking bergantung pada oven masing-masing ya. Kalau pakai conventional oven biasa boleh set suhu 160-165C bakar dalam 35-40 minit atau sehingga masak.
  7. Untuk salutan coklat, campurkan chocolate chip dan susu di dalam satu bekas. Cairkan di dalam microwave, pastikan anda selalu kacau sehingga chocolate sebati dan berkilat. Kemudian campurkan dengan hazelnut dan sediakan untuk digunakan.

@callebautchocolate & @bidfoodmalaysia

#CallebautMalaysia #ChristmasCallebautMY #CallebautChristmasCreationContestMY2021

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik