Hi semua, hari ni jom kita buat oren butter cake. Senang nak buat dan sesuai untuk semua lapisan umur. Tapi walaupun senang nak buat, antara perkara paling penting adalah peralatan baking kita. Antara perkara paling penting ketika baking adalah oven. Ramai orang cakap kena bercinta dengan oven kan ? Supaya kita mudah untuk kendalikan. Baiklah CK nak cerita tentang oven UNOX Arianna Manual Humidity @unoxasia yang CK pakai. CK gunakan oven ini untuk bakar kek, cookies, madeilenes, macaron dan pelbagai menu lagi. Convention Oven ini mempunyai pelaras suhu dan masa yang mudah untuk digunakan dan sesuai juga untuk kek contoh macam hari ini CK guna untuk bakar bundt cake ni. Baiklah jom Kita mulakan resepi hari ini

Orange Bundt Cake & Orange Glaze
187g Pure Butter
168g Gula Kastor
3 Biji Telur (Gred A)
202g Tepung Superfine
1 1/2tsp Baking Powder
65ml Orange Juice
2tsp Orange Zest

Orange Sugar Glaze
2tbsp Orange Juice
3/4cups Icing Sugar

Cara-Cara

  1. Panaskan oven 150C.
  2. Untuk bahan kering iaitu tepung superfine dan baking powder satukan sekali dalam satu bekas.
  3. Pukul butter bersama dan gula sehingga creamy. Pastikan butter anda dalam suhu bilik dan jangan guna butter yang sejuk.
  4. Setelah itu masukkan telur satu persatu, bagi sebati setiap satu telur baru la masukkan yang seterusnya. Jangan masuk semua sekali ya sebab telur perlukan masa untuk bergabung dan sebati dengan bahan lain.
  5. Seterusnya masukkan bahan kering dan diselang seli dengan bahan cecair iaitu orange jus. Pukul sebati dengan speed medium sahaja. Elakkan overbeat ya, jangan pukul terlalu lama sebab boleh sebabkan kek anda padat. Ingat tuuu!!
    7.Bahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian diwarnakan dengan warna oren.
  6. Masukkan dalam acuan bagi sekata setiap satu dan bakar pada suhu 150C di dalam oven selama 30-35minit atau sehingga masak.
  7. Untuk orange sugar glaze masukkan sedikit demi sedikit orange jus sehingga mendapat kepekatan yang sensuai untuk glaze. Elakkan telalu cair ya 😊

Selamat mencuba! 🤗🍊🍋

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik