Hi semua, lama dah kita tak share resepi kan. Ok hari ni CK nak share resepi yang sangat-sangat mudah untuk dibuat. Antara bahan utama yang CK gunakan adalah Penotti Speculoos Spread, ok ini boleh dapatkan di @bakewithyen sebab mesti ada yang nak tanya nak dapatkan dekat mana nanti 😊. Kemudian untuk deco pula CK letakkan Cottura Hazelnut Spread with Cocoa untuk rasa yang lebih sedap juga, ini pun ada dijual di @bakewithyen juga. Dapatkan di sana 🤗

Specelous Dessert Box
-Mascarpone. 188gm
-Dairy Whipcream. 188gm
-Full cream milk. 50gm
-Penotti Speculoos . 50gm
-Susu pekat. 100gm
-Gula Kastor. 30gm
-Lady finger secukupnya
-Cottura Hazelnut Spread with Cocoa secukupnya

Cara-Cara

  1. Panaskan susu bersama Penotti Speculoos Spread sehingga larut dan sebati. Tidak perlu terlalu lama.
  2. Kemudian pukul dairy whipping cream sehingga kental. Elakkan over beat ya.
  3. Di dalam belas lain pukul mascarpone cheese, gula kastor dan susu pekat sehingga sebati dan creamy.
  4. Kemudian satukan campuran cheese dan juga dairy whipping cream tadi. Kaup balik sebati.
  5. Seterusnya, celupkan lady finger di dalam susu Penotti Speculoos Spread yang kita sediakan tadi. Susun di dalam bekas.
    7.Selang selikan dengan cream yang telah kita buat, kemudian letakkan Penotti Speculoos Spread sebelum masukkan lapisan seterusnya.
  6. Untuk decoration dan penambah rasa CK letakkan Cottura Hazelnut Spread. Ni penambah rasa sebab lagi dalam dessert kita ya.
  7. Ok baik, simpan di dalam peti sejuk sekurangnya dalam 4-6 jam sebelum makan. CK simpan semalam tau 🤗

Selamat mencuba ya !

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik