Hi semua, hari ni jom kita buat Easy Butter Cookies 🍪. Senang nak buat dan sesuai untuk semua lapisan umur. Walaupun senang nak buat, antara perkara paling penting adalah peralatan baking kita iaitu oven. Ramai orang cakap kena bercinta dengan oven kan ? Supaya kita mudah untuk kendalikan. Baiklah CK nak cerita tentang oven UNOX Arianna Manual Humidity @unoxasia yang CK pakai. CK gunakan oven ini untuk bakar kek, cookies, madeilenes, macaron dan pelbagai menu lagi. Convention Oven ini mempunyai pelaras suhu dan masa yang mudah untuk digunakan dan sesuai juga untuk kek contoh macam hari ini CK guna untuk bakar butter cookies ni. Baiklah jom Kita mulakan resepi hari ini
Easy Butter Cookies 🍪
Soften Butter. 100g
Powdered sugar. 35g
All purpose flour. 120g
Cornstarch. 15g
Coconut cream. 50g
Vanilla essence. 2tsp
Salt. 1/2 tsp
Chocolate Dip 🍫
White Chocolate. 200g
Green & Red Colour
Cara-Cara
- Panaskan oven 170C.
- Pukul butter bersama dan gula sehingga creamy. Pastikan butter anda dalam suhu bilik dan jangan guna butter yang sejuk.
- Masukkan santan, esen vanila dan juga garam.
- Pukul sebati dengan speed medium sahaja. Elakkan overbeat ya, jangan pukul terlalu lama
- Seterusnya masukkan bahan kering iaitu tepung dan juga baking powder kemudian ayakkan supanya tiada yang berketul.
- Pukul semua sehingga sebati & pastikan jangan overbeat ya.
- Masukkan adunan dalam piping bag supaya senang untuk bentukkan butter cookies ni nanti. Yang ni CK pakai nozzle size 5ft
- Pipekan adunan di atas tray dengan kemas kemudian bakar pada suhu 170c (15-18 minit) atau sehingga masak dengan warna keperangan.
- Untuk chocolate dip, CK menggunakan white chocolate. Panaskan di dalam microwave sehingga dapat kepekatan yang sesuai kemudian asingkan kepada 2 bahagian kemudian campurkan sedikit pewarna hijau & merah untuk setiap bahagian.
- Dip butter cookies ke dalam white chocolate dan CK deco sedikit dengan sprinkles.
Selamat mencuba! 🤗❤️
Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.
#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik