Hi semua. Jom ulang kali Resepi Chocolate Madeleine 😋🍫

Untuk resipi ni , CK guna acuan Madeleine Cake Pan (16cups) . Anda boleh dapatkan di Shopee Chef Kecik Kitchen.

45g Salted Pure Butter (cairkan)
1 Biji Telur Gred A
50g Gula Perang Halus
40g Tepung Gandum
10g Serbuk Badam
15g Sebuk Koko Callebaut
1/4tsp Baking Powder

Gula Icing untuk hiasan

Cara-Cara

  1. Cairkan butter sebelum digunakan. Sejukkan seketika.
  2. Pukul telur sehingga sedikit kembang kemudian masukkan gula perang.
  3. Pukul semula sehingga creamy dan kelihatan pekat.
  4. Ayak tepung gandum, serbuk koko, serbuk badam dan juga baking powder ke dalam mangkuk. (Jika tiada serbuk badam boleh sahaja tambahakan tepung gandum kepada 45g)
  5. Kaup balik sehingga sebati, elakkan terlalu lama.
  6. Masukkan butter yang telah di cairkan tadi, masukkan sebahagian pertama dan kaup balik sebati. Dan seterusnya.
  7. Sediakan kan loyang, sapukan buitter cair dan kemudan masukkan bancuhan.
  8. Bakar pada suhu 180C, sehingga lebih kurang 5-7 minit bergantung kepada jenis oven.
  9. Keluarkan daripada loyang, biarkan sejuk dan kemudian bolehlah hias dengan icing sugar.

Selamat mencuba! ❤️

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik