Lemon Butter Cake & Lemon Sugar Glaze

187g Pure Butter
168g Gula Kastor
3 Biji Telur (Gred A)
202g Tepung Superfine
1 1/2tsp Baking Powder
65ml Lemon Juice
2tsp Lemon Zest

Lemon Sugar Glaze
2tbsp Lemon Juice
3/4cups Icing Sugar

Cara-Cara

  1. Panaskan oven 150C.
  2. Untuk bahan kering iaitu tepung superfine dan baking powder satukan sekali dalam satu bekas.
  3. Pukul butter bersama dan gula sehingga creamy. Pastikan butter anda dalam suhu bilik dan jangan guna butter yang sejuk.
  4. Setelah itu masukkan telur satu persatu, bagi sebati setiap satu telur baru la masukkan yang seterusnya. Jangan masuk semua sekali ya sebab telur perlukan masa untuk bergabung dan sebati dengan bahan lain.
  5. Seterusnya masukkan bahan kering dan diselang seli dengan bahan cecair iaitu orange jus. Pukul sebati dengan speed medium sahaja. Elakkan overbeat ya, jangan pukul terlalu lama sebab boleh sebabkan kek anda padat. Ingat tuuu!!
  6. Masukkan dalam acuan bagi sekata setiap satu dan bakar pada suhu 150C di dalam oven selama 30-35minit atau sehingga masak.
  7. Untuk lemon sugar glaze masukkan sedikit demi sedikit orange jus sehingga mendapat kepekatan yang sensuai untuk glaze. Elakkan telalu cair ya 😊

Untuk step lebih detail & jelas, boleh rujuk posting IG Live Lemon Buttercake di Instagram 👇🏻

Selamat mencuba! 🤗🍋

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah .