Hi semua, semua pun tahu kan Madeleines ni memang favorite CK. Bila buat jualan mesti ada menu ni, nak buat decoration pun CK gunakan Madeleines. Special hari ni share nak share dengan semua resepi Blackcurrant Madeleines tau. Untuk flavor kali ni CK gunakan Blackcurrant flavor dari @myflavor_official . Tak payah la CK nak pening cari perasa dah sebab dekat @myflavor_official dah ada semua jenis flavor. Sangat la senang 🤗

Hari ni kita deco Madeleines kita dengan warna tone yang berbeza. CK nak share sikit dengan semua berkenaan dengan warna dan decoration yang sangat mainkan peranan untuk jualan. Maklum la kita ni kadang-kadang pandang sesuai tu dari mata jatuh ke hati. Jadi produk jualan pun harus kita make up cantik-cantik juga ya 🥰

Selain dari flavor, CK menggunakan pewarna daripada @myflavor_official juga ye hari ini. Semua warna ada di @myflavor_official dah tak perlu risau sekarang ni. Penuh rak CK 🤗

Resipi di ruangan komen 👇🏻

Okay jom kita mulakan resepi hari ni!

RESEPI BLACKCURRANT MADELEINE

Untuk resipi ni , CK guna acuan Madeleine Cake Pan (16cups) . Anda boleh dapatkan di Shopee Chef Kecik Kitchen.

Bahan-Bahan

100g Gula Kastor
2 biji Telur (Gred A)
1 1/2 tsp Madu
1/2 tsp Vanilla Paste
115g Tepung Gandum
1/2tsp Baking Powder
115g Melted Butter (salted)
4-5 drop Flavor Blackcurrant by @MyFlavor
Secubit Garam

Chocolate Coating
White Chocolate
@MyFlavour Oil Candy (Purple)

  1. Pukul gula dan telur selama lebih kurang 3-4 minit sehingga creamy dan bewarna pale yellow.
  2. Kemudian masukkan madu, vanilla dan beberapa drop Blackcurrant Flavor. Yang ni CK guna brand @MyFlavor. Pukul sehingga sebati lebih kurang 2 minit.
  3. Kemudian, ayakkan tepung, baking powder dan garam ke dalam bancuhan.
  4. Kaup balik sebati sehingga rata dan elakkan terlalu lama.
  5. Kemudian masukkan butter tadi secara berkala. Kaup balik sehingga sebati.
  6. Simpan di dalam peti sejuk sekurangnya 45 minit atau semalaman.
  7. Panaskan oven 180C, kemudian sediakan acuan untuk membakar.
  8. Bakar selama 5-7 minit di dalam oven & masa baking bergantung pada oven masing-masing ya.
  9. Untuk chocolate coating, masukkan white chocolate ke dalam bekas kemudian microwave sehingga cair. Titikkan Oil Candy Purple dari @MyFlavor untuk warna yang diperlukan & kaup sehingga sebati.
  10. Letakkan chocolate di dalam acuan dan letakkan madeleine. Sejukkan di dalam peti sejuk sekurangnya 10 minit. kemudian boleh la dikeluarkan dengan mudah, cantik berkilat nanti. Selamat mencuba ya !

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik