Musim durian dah tiba, jom la letak semua menu kita dengan durian. Bagi peminat durian ni dia tak kisah asalkan durian semua dia boleh masuk kan ? So selamat mencuba ye !

Durian Creme Brulee (Hasil 10 Bekas)

6 BIji Kuning Telur (Gred A)
80g Gula Kastor
500g Whipping Cream (Anchor)
1/2 tbsp Vanilla Bean Paste (RB Vanilla Premium)
80g. Isi Durian

Cara-Cara
1. Mula sekali whisk kuning telur dan juga gula sehingga creamy.
2. Kemudian panaskan whipping cream dan vanilla bean paste sehingga sedikit meruap, kemudian masukkan bancuhan telur tadi.
3. Masukkan isi durian dan kacau sebati, tutup api dan boleh masukkan ke dalam acuan.
4. Bake pada suhu 100C selama 60 minit dengan menggunakan teknik water bath.
5. Selepas siap lebih bagus biar di dalam chiller semalaman, esok baru hang makan k.
6. Letak gula dan torch untuk step ni berhati-hati la ye karang burnt terbakar atas tu jadi burnt creme brulee pulak.

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.