Roti Nasi Bom Bom
.
* 80 gram nasi putih
* 100 ml air suam
* 250 gram tepung roti
* 60 ml susu segar
* 4 g dry yeast + 1/2 sudu teh gula
* 2 sudu besar gula
* 20g butter/marjerin
* 1 sudu kecil garam
1. Aktifkan dry yis tu dgn 1\2 sudu kecil gula dan 50ml air suam (ambil dari 100ml). Biar dalam 10 minit dia berbuih.
2. Blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.
3. Masukkan yis, nasi yang telah diblender, butter, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.
4. Rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian setiap doh kecik dalam 33-36g
6. Biarkan seketika sehingga naik 2 kali ganda.
7. Sapukan susu dia atas roti sebelum bakar (saya pakai full cream milk) dan hiaskan dengan bijan.
8. Bakar pada suhu 180C selama 25 minit. Selepas keluar dari oven boleh sapukan butter diatas roti. Selamat Mencuba !! .
Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.
#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik
Resepi asal dari blog :
perutkenyang.blogspot.com