Milo Chocolate Bar

Bahan A
180g Digestive Biscuit
70g Butter (Melt Dalam MIcrowave Dulu)

Bahan B
100g Salted Butter
75g Susu Pekat
25g Serbuk Koko
60g Milo
1/4 cwn Air Panas
1 Biji Telur

Bahan C
100g Dark Chocolate
100g Whipping Cream

1. Untuk bahan A, pecah-pecah ramas-ramaskan biskut menjadi kecik sebab kita nak bakar dalam oven. Campurkan dengan butter dan gaul sebati. Bakar dalam oven suhu 165C selama 15-18 minit.
2. Bahan B pula. Cairkan butter tak perlu terlalu lama, kemudian masukkan susu pekat, milo dan koko powder. Kalau rata kemudian masukkan air panas. Kacau sebati dan kemudian masukkan telur, kacau sehingga rata dan pekat. Tak perlu terlalu lama, kemudian masukkan biskut yang kita dah bakar tadi. Gaul rata dan masukkan ke dalam loyang saiz 8 inci atau boleh pakai saiz 7 inci kalau nak dia lebin tinggi (ingat letak baking baking dahulu dikeliling loyang, senang nak keuarkan nanti). Biar set seketika dan sejuk letak dalam peti sejuk.
3. Sementara tu sediakan bahan C, masukkan dark chocolate dan juga whipping cream dan panaskan dengan api perlahan. Kalau sehingga cair dan tutup api, tak perlu lama sangat ye. Letakkan atas bacuhan yang telah sejuk tadi, ratakan. Sejukkan kembali dalam peti sejuk dalam 3-4 jam atau semalaman. Ok penatnya menaip..hahaha. Jangan lupa say Hi kat bawah ni untuk next resepi 😁

Selamat mencuba!

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik