Halu everything ! Sebelum baca resepi ni jangan lupa say Hi dulu dekat bawah ye. Oh nak bagi tau kalau malas jangan buat tau resepi ni. Resepi senang cuma nak tunggu je lama sikit. Jom kita mulakan roti gebu gebas ni.

FLUFFY MILK BREAD
Loyang Saiz : 7 inci (letak baking paper)

Bahan-Bahan

250g Tepung Roti/High Protein
30g Gula 
3g Garam 
185g Susu Full Cream Milk 
3g Dry yeast (Mauripan) 
20g Purebutter(room temperature) 
Cara-Cara :

① Satukan bahan-bahan kering.
② Campurkan susu dan juga yis kemudian masukkan ke dalam bahan kering. Gaul sebati.
③ Letakkan di atas meja dan knead. (10mins)
④ Letak butter dan knead lagi. (5mins)
⑤ Jadikan bulat, dan biarkan di tempat yang suam sehingga menjadi 2 kali ganda. (1 fermentation)
⑥ Tumbuk dough dan bahagi kepada 16 bahagian, bulatkan cantik-cantik ye.
⑦ Tutup dengan kain basah kalau tak pun guna plastik wrap. (15 Minit)
⑧ Selepas tu ambik dough kecik tadi tekan dan bentukkan bulat semula. Letak dalam loyan saiz 7 inci.
⑨ Loyang letak la baking paper ye senang nak keluarkan nanti.
⑩Cover dengan kain lembab atau plastic wrap biar naik 2 kali ganda sebelum bakar (2 fermentation)
⑪ Preheat oven 180℃, dust dough dengan tepung roti. tTurunkan temperature kepada 150℃.
⑫ Bakar selama 17 minit, kalau nak garing sikit extra kan kepada 20-25 minit.
.
*Tips : 
1.Pastikan pakai yis yang baru jangan yang zaman jahiliah dan 2 tahun tak pakai tu.
2.Give you support by say “Hi” dekat bawah nanti I rajin la share resepi lagi.Good luck !
.

Selamat mencuba!

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik

#chefkecikkitchen #shotoniphone #freeresepi #resepimudah #baking #foodphotography #foodstagram #foodvideos