Nutella Cheese Pod

Halu everyone !! mood tengah rajin ni kita layan je sebelum kemalasan melanda. Sifu saya bagitau antara perkara yang tak boleh diberikan nasihat dan bantuan adalah ‘KEMALASAN’. Malas adalah penamat segalanya tak payoh la nak kabo apa dah kome, mereput je la…haha. Jadi jangan malas nak say ‘Hi’ dekat bawah ye esok esok I share resepi lagi. Eh ceramah pula, jom kita mulakan.
.
Bahan-Bahan
(Resepi dapat dalam 10-11 biji)
.
Bahan A
116g Digestive Biscuits (sy pakai brand M&S)
45g Pure Butter (Lurpak)

Bahan B (cream cheese cream)
30g Cream Cheese (Philadelphia)
60g Double Cream (Rich)
1/2 tbsp Gula Castor

Bahan C
Nutella secukupnya

Cara-cara
1. Hancurkan biskut masuk dalam plastik hempuk hempuk je kome (Perak language)
2. Campurkan dengan butter yang telah dicairkan. (Cairkan dalam microwave shj)
3. Tekan padat dalam acuan, kalau tak ada acuan tu pakai je paper cup yer. Jangan sebab tak ada ko meroyan pulak tak buat 😂
4. Kemudian masuk dlm oven bakar pada suhu 165C selama 15-18 minit. Keluar dan sejukkan.
5. Bahan B senang sahaja masuk semua bahan kemudian beat sampai dapat texture kental. 
6. Jom menghias, keluarkan pod tadi dari acuan pakai lidi kecik kalau ko kasar-kasar bederai la ceritanya.
7. Masukkan nutella dan kemudian paipkan cream cheese. Tabur sikit cocoa nibs. Kalau tak ada tak payah letak. Ok done ! ajemput makan.
.
Tips :
* Panaskan ovem sebelum masukkan pod untuk dibakar.
* Tekan dengan padat dalam acuan kalau tak berderai nanti.
* Say ‘Hi’ dekat bawah untuk resepi seterusnya. Bye 👋🏼
.

Selamat mencuba!

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik

#chefkecikkitchen#shotoniphone#freeresepi#resepimudah#baking#foodphotography#foodstagram#foodvideos