Hi guys !
Hari ni nak share macam mana nak buat salted caramel sauce. Say ‘hai’ dekat bawah kalau nak resepi esok 😊. Actually ni video lama saya up semula sebab nak tunjuk cara buat caramel sauce, esok ada resepi nak share pakai salted caramel. Jadi kita tunjuk dulu nak buat dia. Nampak senang tapi paling penting jangan sampai gula yang anda masak tu terlalu hangus sebab nanti akan terus pahit dan tak boleh digunakan campak ke laut je nanti. .
Tips saya masa gula di dalam pan dan biarkan sehingga cair dan berwarna light brown, goyangkan pan sahaja tanpa mengacau gula. Setelah hampir keseluruhan gula cair baru kacau menggunakan spatula atau senduk kayu. Kemudian masukkan butter. Selalunya saya akan masukkan butter tidak di atas api. Lebih bagus gunakan butter room temperature. Setelah butter cair dan sebati, terus masukkan whipping cream (room temperature). Masak seketika sehingga caramel start to bubble. Tutup api dan letakkan garam mengikut citarasa anda 🤗
.
Resepi Caramel
1 Cup Sugar
100g Butter
1 Cup Whipping Cream (Dairy)
.

Selamat mencuba!

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik
#vlogchallenge #chefkecikvlog #chefkecikkitchen