Selamat berpuasa semua, I ada banyak stock digestive biskut jadi terima la resepi-resepi ni ya, nak share resepi mudah dan senang. Tak kisah nak makan bila-bila pun boleh. Paling penting boleh buat niaga bulan-bulan puasa ni. Baca dengan teliti ye, jangan tanya soalan pelik-pelik cuba buat dulu 😂
.

Easy Caramel Chocolate Tart

Bahan A
125g Dark Chocolate Chip
75g Full Cream Milk

Bahan B
180g Digestive Biskut
70g Salted Butter (Cairkan)

Bahan C
1/3 Cup Caramel (Rujuk resepi sebelum ini)

1. Masukkan dark chocolate chip dan full cream milk dalam pan dengan api sederhana masak sehingga cair. ( Ingat cair sahaja ) Biarkan sejuk.
2. Bahan B, kisar digestive biskut sehingga halus dan kemudian masukkan butter cair dan kisar sebati. Masukkan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 165C, 15-18 minit. Keluar dan biarkan sejuk.
3. Bahan C, campurkan caramel dan chocolate ganache kemudian beat sehingga creamy. Ready untuk diletakkan di atas crust tart tadi. Biarkan sejuk dan set seketika di dalam peti sejuk sebelum di hidang.
*Selamat mencuba resepi dan tenang ni jangan lupa say yes untuk next resepi, bagi I rajin sikit nak fikir resepi baru 😅. Selamat berpuasa.

Selamat mencuba!

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik