Jom kita mulakan menu dessert kita hari ini. Mudah senang dan sedap di tekak saya, di tekak anda masih belum tentu lagi sebab belum rasa kan ? Ok jangan malas-malas semua sila lah SAY HI ! untuk next sharing.
.
Cheesekutti Tiramisu by Chef Kecik Kitchen
Bekas : Code S250 (10x10CM)
Hasil : 2 Bekas
.
Bahan A
180g Digestive Biskut/Biskut Marrie
50g Salted Butter (Cairkan dalam microwave)

Bahan B
1/2 tbsp Instant Coffee (Nescafe Gold)
1 tbsp Air Panas (Coway)

Bahan C
70g Cream Cheese (Tatura)
4 tbsp Susu Pekat (F&N)
1/2 Cup Double Cream (Rich’s)

Bahan C
Serbuk Koko/Milo untuk hiasan

Cara-Cara
1. Bahan A, hancurkan biskut saya ramas-ramas je senang. Jangan susahkan diri pening pulak sebab tak ada blender semua. Kemudian hang masukkan butter hat cair tadi dan gaul sebati. Tuang dalam duling hang bakar sat dalam 12-15 minit suhu 170C. Dah bakar biar dia sejuk.
2. Bahan B, hang campur je dua-dua bahan tu. 
3. Bahan C, hang masukkan cream cheese dan susu pekat dalam blender, blend sampai creamy. Kemudian masukkan bancuhan coffee blend sekejap. Kemudian masukkan cream dan blend sampai dapat peak/firm texture. Kalau tak mau pakai blender pakai hand whisk atau hand mixer yang mana mudah. Dah siap.
4. Layerkan seperti dalam video hat kita share tu. Sejukkan sebelum makan, boleh la buat kudap lepas terawih na.

Tips :
~ Make sure tak over beat cream tadi nanti tak jadi dan dia akan cair. Kalau risau hang asing kan beat cream cheese bekas lain, cream bekas lain kemudian baru hang campurkan.
~ Resepi ni tak manis sangat jadi kalau hang nak manis drizzle dengan susu pekat atau caramel ok. Nutella pun sedap juga.
~ Hang say Hi dekat komen untuk next resepi na.

Selamat mencuba!

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik