Hi semua actually resepi ni sama dengan tart yang saya share sebelum ni, cuma kita kena olah filling untuk lebih menarik. Jom kita mulakan, oh kalau tak nak letak sea salt boleh juga letak buah tapi saya tak suka nanti berair dan tak tahan lama.

Sea Salt Chocolate Tart

Shell Tart 50 pcs
(Saiz Acuan : 5cm)

250g Butter
100g Gula Icing
1 tsp Esen vanilla
1 biji Kuning telur (gred A)
500g Tepung gandum
10g Susu Cair Full Cream (Sejuk) / Susu Tepung pun boleh
1/2 tbsp Air sejuk (Letak jika guna Susu Tepung)

1. Pukul butter dan gula sehingga sebati dan creamy, kemudian masukkan kuning telur, vanilla kacau rata. Seterusnya masukkan susu ratakan dan tepung.
2. Gaul sebati sehingga menjadi doh.
3. Masuk dalam acuan, cucuk dengan garfu dibahagian tengah supaya tak mengelembung nanti yer.
4. Bakar 170C 18-20 minit. Siap senang kan. Sejukkan seketika.

Chocolate Ganache Filling
(Untuk 24 biji)

188g Whipping Cream
165g Dark Chocolate Chip
Sea Salt Flake Secukupnya

1. Panaskan whipping cream dengan api perlahan sehingga panas sedikit just untuk cairkan chocolate. Berhenti sebelum start to boil sebab kalau terlalu lama nanti akan berminyak.
2. Kemudian terus masukkan ke dalam chocolate chip, biar seketika dalam 3 minit sebelum kaup balik sebati.
3. Sedia untuk dimasukkan ke dalam tart shell. Kemudian sejukkan di dalam chiller sebelum makan. Oh kalau nak letak sea salt letak selepas keluar dari chiller.

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.