Tips macam mana CK buat sea salt choc chip cookies

Maaf tadi CK tak sempat nak share berkenaan baking pan.

1. Pastikan anda lapik dengan baking paper atau parchment paper untuk cookies yang sekata dibakar dan tidak flat jika anda bakar terus di atas loyang.

2. Elakkan letak doh cookies yang belum di bakar atas loyang yang panas. Akan effect texture dan end produk.

3. Betul baking paper atau parchment boleh pakai berulang kali tapi jangan simpan lama sampai sehari dan esok guna semua. Fat atau minyak pada paper tersebut akan rancid dan menyebabkan cookies berbau. Dan mungkin akan berlaku contamination juga nanti.

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.