Salam semua, oh untuk resepi hari ni actually tak jauh beza dengan resepi tart sebelum ni. Cuma nak kreatifkan sedikit dan buat kelainan dengan guna acuan lain dan juga kita bagi kelainan pada filling. Sesuai nak bagi idea baru untuk menu berniaga ye. Jadi selamat mencuba dan semoga semua sentiasa dimurahkan rezeki. Ameen.

BISCOFF CHEESE TART MONTOK
(acuan : 4.5 x 2cm) 25-30pcs

125g Butter
50g Gula Icing
1 tsp Esen vanilla
1 biji Kuning telur (gred A)
250g Tepung gandum
1/2 tbsp Fresh Milk (Sejuk)

1. Pukul butter dan gula sehingga sebati, kemudian masukkan kuning telur, vanilla, susu dan tepung.
2. Gaul sebati sehingga menjadi doh. Jadikan doh kecil dalam timbangan 19g setiap satu.
3. Masuk dalam acuan ratakan, cucuk dengan garfu dibahagian tengah supaya tak mengelembung nanti yer.
4. Bakar 170C 18-20 minit. Siap senang kan.

Cheese Filling

500g Cream cheese
30g Butter
100g Gula icing
1 biji Telur (gred A)
20g Non dairy Whipping Cream (tak ada tak apa)

Biscoff Spread Secukupnya

1. Masukkan cream cheese, icing sugar dan butter dalam food processor blend sampai creamy.
2. Masukkan telur dan kemudian masukkan non dairy cream kalau ada. Blend sebati.
3. Sedia untuk dimasukkan ke dalam shell tart. Guna piping bag, mucung piping bag potong sebesar shell lagi mudah. Secara menegak paipkan cheese dan paip extra subaya membuncit nanti lepas bakar.
4. Ok dah boleh bakar 170C selama 10-13 minit. Kalau sentuh cheese tak melekat di tangan dah masak tu.
.
#recipechefkecik

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.