Halu semua jom la kita buat pandan loaf cake hari ni,sangat sedap kalau makan bersama kopi panas-panas. Untuk resepi kali ini CK pakai bahan istimewa iaitu Candia Butter dari France, nak dapat dekat mana nanti CK share ya. 100% Butter laktik Perancis dan melalui 72 jam proses penapaian. Paling penting 100% diperbuat daripada susu Perancis. Jadi kek kita ni pun lebih kaya dengan rasa mentega. Oh butter ni ada halal certificate. Ok baik, itu tentang butter ya kemudian dalam resepi ni CK nak mudah kerja tak perlu beli Lemon CK hanya gunakan lemon jus Brand Rauch. List supplier nanti CK share ya.

COCONUT PANDAN LOAF CAKE
(Loyang 9×3 inci)

Bahan-Bahan :

250g Butter (Candia)
220g Gula Kastor
3 Biji Telur
270g Tepung Superfine
2tsp Baking Powder
2 1/2tbsp Coconut Pandan Emulco
4tbsp Santan
3tbsp Full Cream Milk

Untuk Corak Marble
2 Titik Pewarna Hijau

Lemon Sugar drizzle
1/2tbsp Lemon Jus (Rauch)
50g Gula Icing

Cara-Cara :

1. Panaskan oven 160C
2. Pukul butter dan gula sehingga creamy dan kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Satukan tepung dan juga baking powder.
4. Di dalam bekas lain satukan santan, full cream milk dan juga coconut pandan emulco.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, selang seli bersama bahan cecair. Beat sebati.
6. Sedia untuk di masukkan ke dalam loyang. Untuk corak marble di atas cake, ambik sedikan adunan dan campurkan dengan pewarna hijau mengikut warna kesukaan anda.
7. Bakar pada suhu 160C selam 55 minit atau sehingga masak.
8. Untuk Lemon Sugar Drizzle, campurkan gula icing dan juga oren jus gaul sebati.

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.