Hi semua ! Dah minum coffee ke hari ni ? CK dah minum Iced French Latte sebelum buat kerja hari ni. Senang nak buat just tambah susu sejuk sahaja.

Hari ni jom kita buat Moist Banana Coffee Chocolate Cake.
.
Moist Banana Cofee Chocolate Cake
(Loyang 8×3)

Bahan-Bahan

4 Biji Pisang Berangan 190g (Pisang lain tak pernah cuba)
113g Salted Pure Butter (cairkan)
120g Buttermilk / Yogurt
1tsp Vanilla Esen (RB Vanilla)
85g Gula Perang
90g Gula Castor
160g Tepung Superfine
1tsp Baking Powder
1/2 tsp Baking Soda
1 paket Frenche Roast Coffee
1/2tsp Garam
25g Koko Powder
60g Dark Chocolate Chip

Cara-Cara

1. Panas oven 180C
2. Lenyek pisang dahulu dengan garfu kemudian masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sebati.
3. Masukkan buttermilk dan sebatikan, kemudian gula perang dan gaul sebati. Masukkan esen vanilla.
4. Bahan kering seperti tepung, baking powder, soda dan garam sekalikan di dalam satu bekas.
5. Masukkan bahan kering tadi ke dalam bancuhan dan kemudian ayak koko powder ke dalam bancuhan. Masukkan 1 paket Frenche Roast Coffee dan Gaul rata.
6. Kemudian masukkan coklat chip dan kacau rata.
7. Sedia untuk dimasukkan ke dalam loyang, hiasan dengan choclolate chip di atas cake.
8. Bakar 180C selama 50-60 minit. Cake akan sedikit moist di bahagian tengah, cucuk lidi di tengah cake jika lidi sudah tidak melekat jadi maka sudah masak la kek kita.

Kek dah siap boleh lah enjoy bersama Frenché Roast @frencheroast , anda boleh beli di Shopee dan guna special code CK [FRENKCK06] untuk dapatkan 30% discount untuk mana mana produk Frenché Roast! Promotion valid until 30th April 2021 #FrencheRoast#ExciteYourSenses

Credit Song : Petit à petit song by Arcadian

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.