Halu sorry lambat update resepi, sesuai untuk menu raya ni boleh buat bersama keluarga.

FRUITS CHEESE TART RB STYLE

Shell Tart 50 pcs
(Saiz Acuan : 5cm)

250g Butter
100g Gula Icing
1 tsp Esen vanilla
1 biji Kuning telur (gred A)
500g Tepung gandum
10g Susu Cair Full Cream (Sejuk)

1. Pukul butter dan gula sehingga sebati dan creamy, kemudian masukkan kuning telur, vanilla kacau rata. Seterusnya masukkan susu ratakan dan tepung.
2. Gaul sebati sehingga menjadi doh.
3. Masuk dalam acuan, cucuk dengan garfu dibahagian tengah supaya tak mengelembung nanti yer.
4. Bakar 170C 18-20 minit. Siap senang kan. Sejukkan seketika.

Cream Cheese Filling
(cream kena double kalau nak buat untuk 50 biji)

250g Cream cheese
5 tbsp Castor Sugar
1 Cup Dairy Whipping Cream

1. Pukul cream cheese dan gula sehingga creamy, kalau tak larat pakai tangan pakai la mixer. KIta memang nak tangan sado sebab tu pakai tangan.
2. Kemudian dalam bekas lain pukul whipping cream sehingga kental.
3. Gambungkan kedua dua bahan dan sebatikan.
4. Gunakan nozel 1M untuk paip ke dalam tart shell.

Chocolate filling and drizzle

63g Dark Chocolate
37g Susu Full Cream Milk

1. Campurkan kedua dua bahan dan masukkan ke dalam microwave untuk cairkan.

Selamat mencuba!

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik