Halu semua ! Jom buat biskut nestum, jangan pening pening kepala dah nak buat biskut raya. Biskut mudah dan senang ni tak perlu pakai mixer pun boleh buat. Ni biskut klasik sangat dari zaman kecik-kecik lagi dah makan kan ? Sebelum tengok resepi tu mungkin boleh bagi cadangan resepi biskut apa lagi CK boleh share ye ?

250g Salted Pure Butter
120g Gula Aising
200g Tepung Gandum
130g Tepung jagung
60g Serbuk badam
40g Nestum (Blend halus)
1tsp Esen vanilla (RB Vanilla)
1 biji Kuning telur

Hiasan
Kuning Telur
Nestum

Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 175C
2. Pukul sebati butter, kuning telur dan gula aising. Nak pakai mixer pun boleh.
3. Dalam bekas lain masukkan bahan-bahan kering iaitu tepung gandum, tepung jagung, serbuk badam dan nestum.
4. Masukkan sebagian bahan kering dan sebatikan, ulang untuk bahagian seterusnya.
5. Sehingga anda dapat doh yang tidak melekat, rehatkan doh selama 15 ke 20 minit sebelum uli.
6. Gunakan acuan pilihan anda, sapukan kuning telur di atas ciskut dan letakkan hiasan nestum.
7. Bakar di dalam oven selama 20-25 minit, bergantung pada jenis oven. Selamat mencuba

#recipechefkecik#ramadan#aidilfitri2021

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.