Hai semua, jom try resepi ni

MILO Crunchy Bar
(Loyang Saiz 7 inci)
Hasilkan 8-10pcs

90g Salted Pure Butter
5 Paket MILO Kosong
120g Marshmallow
100g Bubble Rice
70g Corn Flake
30g Kacang Goreng
15g Susu Pekat

Cara-Cara
1. Cairkan butter dengan api perlahan, masukkan susu pekat dan kacau sebati.
2. Kemudian terus masukkan 5 paket MILO Kosong, kacau sebati.
3. Terus masukkan marshmallow dan kacau sehingga cair dan sebati dengan semua bahan.
4. Kemudian boleh la terus masukkan bubble rice, corn flake dan juga kacamg goreng.
5. Tutup api, dan gaul rata semua bahan, waktu ni kena cepat sedikit sebab campuran akan cepat mengeras.
6. Masukkan ke dalam loyang saiz 7 inci yang telah diletakkan baking paper. Biarkan sejuk dalam 1-2 jam sebelum dipotong. Sekian resepi mudah untuk kali ini.

* Tips penting, gunakan baking spray untuk minyakkan pan dan spatula supaya tidak melekat. Gunakan non-stick pan dan spatula.

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.