Biskut Coklat Rangup ! Nampak macam almond london tapi bukan ya. Ada rahsia dalam coklat tu, sangat crunchy dan sedap di makan. Satu pastinya tidak cukup. Dalam proses buat biskut ni pemilihan coklat amat penting, kali ini CK gunakan Van Houten Professional Chocolate @vanhoutenprofessional_my sebagai bahan utama rasa dalam biskut kita. Selain memudahkan kerja coklat juga mudah cair dan juga cepat set selepas sejuk. Lagi cepat kerja kita dan rasa pun sedap. Ini adalah resepi wajib cuba dari CK.
Biskut Coklat Ranggup
Bahan-Bahan
(60-70 Biji)
125g Salted Butter
220g Tepung gandum
1tsp Tepung Jagung
70g Gula Icing
1 biji Kuning Telur
1 tsp Esen Vanila
70g Coklat Bubble Rice
Bahan Hiasan Utama
Milk Chocolate Compound (Van Houten Professional) Secukupnya
White Chocolate Compound (Van Houten Professional) Secukupnya
Cara-Cara
1. Campurkan bahan-bahan kering tepung gandum, tepung jagung di dalam satu bekas.
2. Pukul butter, gula icing dan vanilla hingga lembut dan creamy.
3. Masukkan kuning telur dan pukul sebati.
4. Masukkan bahan kering sedikit separuh, uli dan masukkan separuh lagi sehingga menjadi doh.
5. Campurkan bersama coklat bubble rice.
6. Bahagikan membentuk doh kecik berat dalam 5-6g.
7. Susun di atas loyang dan bakar pada suhu 150C 25-30 minit. Bergantung pada jenis oven. Biskut kelihatan sedikit brown maka sedia untuk dikeluarkan.
8. Biarkan sejuk seketika, sementara itu boleh la sediakan hiasan saljutan coklat.
9. Dengan menggunakan teknik double bowl, panaskan coklat sehingga cair. Kemudian boleh tuangkan diatas biskut.
10. Setelah coklat set diatas biskut, cairkan white chocolate di dalam microware sehingga cair, dan boleh la digunakan untuk decoration diatas biskut.
Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.