Hi semua, Apa aktiviti dekat rumah tu, selain bekerja mesti tengah cari aktiviti dengan anak-anak kan ? Please stay safe ya, duduk rumah tu boleh cuba resepi CK nak share ni ya dengan anak-anak. Hari ni CK nak share resepi cookies yang sangat mudah sangat senang tanpa menggunakan mixer pun. Sebelum kita mulakan CK nak share dengan anda semua baking soda pilihan CK yang selalu CK gunakan untuk resepi-resepi CK. CK memang selalu menggunakan Baking Soda Arm & Hammer ya, bukan setakat baking sahaja boleh pakai tapi ada lebih dari 100 kegunaan lain ye selain dari kita guna untuk baking, antaranya boleh digunakan untuk cooking dan juga cleaning. Untuk detail lanjut produk boleh visit IG @armandhammerbakingsodamy. Kalau dah cuba pakai Arm & Hammer jangan lupa untuk join contest ya, mudah sahaja just follow langkah ni :

1. Share tips dan trick di instagram post atau story
2. Mention @armandhammerbakingsodamy
3. Hashtag #myarmandhammer
4. pemenang akan diumukan setiap minggu dan anda punya tips dan trick akan kita share di @armandhammerbakingsodamy

Peanut Butter Chocolate Cookies

Bahan-Bahan

145g Peanut Butter
115g Gula Perang
53g Gula Kastor
1Biji Telur (Gred A)
1Biji Kuning Telur
50g Minyak Zaitun
1tsp Esen Vanilla
1tsp Tepung Jagung
1/2tsp Baking Soda
1/2tsp Garam
155g Tepung Gandum

coklat chip secukupnya

Cara-Cara :

1. Panaskan oven pada suhu 165C
2. Dalam satu bekas masukkan peanut butter, minyak zaitun, telur, gula perang, esen vanilla dan gula kastor.
3. Pukul bahan-bahan sehingga sebati.
4. Dalam bekas lain campurkan bahan-bahan kering iaitu tepung gandum, tepung jagung, baking soda dan garam.
5. Masukkan bahan kering ke dalam bancuhan, masukkan bahagian pertama kaup balik rata dan seterusnya habiskan bahan kering tersebut. Adun sehingga menjadi doh.
6. Seterusnya bulatkan sama besar dan boleh la masukkan coklat chip di dalamnya tapi kalau tak nak letak pun tak apa.
7. Susun di atas loyang dan bakar selama 10-12 minit atau sehingga masak.
8. Selamat mencuba dan jangan lupa tag @armandhammerbakingsodamy dan @chefkecikkitchen ya

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.