Hi semua, ramai yang teringin nak buat resepi Mini Chocolate Buttercake ni kan? Resepi dan cara sangat mudah dan pastikan pilih bahan yang berkualiti dan enak, untuk resepi ini CK pakai bahan koko dan coklat daripada Callebaut @callebautchocolate . Favorite CK ni, serbuk koko mainkan peranan penting dalam resepi ini, ianya adalah penyumbang utama kepada rasa jadi CK pakai 100% pure dark Cocoa powder daripada Callebaut. Hari ni kita cerita tentang coklat je, untuk coating CK gunakan finest belgian chocolate iaitu Dark Chocolate Callebaut 811. Chocolate ini mengandungi 54.5% Cocoa solid dan mempunyai rasa yang tidak terlalu pahit dan sangat sesuai untuk coating butter Cake kita. Ok jom kita mulakan resepi kita hari ni 🤗

Chocolate Butter Cake

Bahan A
250g Pure Butter
200g Gula Kastor
3 Biji Telur (Gred A)
2 Biji Kuning Telur (Gred A)
240g Tepung Superfine
4tbsp Cocoa Powder (Callebaut)
2tsp Baking Powder
120ml Susu Full Cream Milk

Chocolate Coating
125g Dark Chocolate Chip 811 Callebaut
75ml Susu Full Cream Milk

Cara-Cara
1. Panaskan oven 160-165C (conventional oven).

2. Untuk bahan kering iaitu tepung, cocoa powder dan baking powder anda gabungkan sekali dalam satu bekas.

4. Pukul butter bersama dan gula sehingga creamy. Pastikan butter anda dalam suhu bilik dan jangan guna butter yang sejuk.

5. Setelah itu masukkan telur dan kuning telur satu persatu, bagi sebati setiap satu telur baru la masukkan yang seterusnya. Jangan masuk semua sekali ya.

6. Seterusnya masukkan bahan kering dan diselang seli dengan bahan cecair iaitu susu. Elakkan overbeat ya!

7. Masukkan dalam acuan bagi sekata setiap satu dan bakar pada suhu 140C di dalam oven selama 30-35minit. Kalau pakai conventional oven biasa boleh set suhu 160-165C bakar dalam 35-40 minit atau sehingga masak.

9. Untuk chocolate coating campurkan chocolate chip dan susu di dalam satu bekas. Cairkan di dalam microwave, pastikan anda selalu kacau supaya tentu-tentu chocolate sebati dan berkilat. Hias juga dengan Chocolate Nip Callebaut untuk nampak lebih menarik dan rasa yang lebih sedap.

Dah siap tu share dekat IG dan tag CK tau.

Salam sayang CK 😘

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.